Aktiviti Cuti Sekolah: Tayangan Filem Animasi & Advokasi

20 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mac 2023, Ahad, pihak PEDi Rantau Panjang telah mengadakan program tayangan filem Animasi dan advokasi sempena aktiviti cuti sekolah yang bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 2 orang komuniti setempat yang telah hadir untuk menyertai aktiviti tersebut. Kelas bermula dengan slot advokasi tentang buli siber. Peserta diberi penerangan tentang ciri ciri buli siber dan tips apakah Tindakan yang patut dilakukan sekira nya peserta merasakan dibuli melalui siber.

Selain itu juga, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang para pelajar dengan aktiviti yang berfaedah semasa cuti sekolah ini. Selain itu, para staf PEDi Rantau Panjang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan komuniti Rantau Panjang. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada warga komuniti dan memberi manfaat kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali