Kelas Softskills – Snake Game

2 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan satu aktiviti kemahiran insaniah iaitu board game – snake game yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang pelajar sekolah rendah dan pelajar prasekolah.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka supaya dapat berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Diharap program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali