Kelas E-Learning: Multiplication Mine Jr

21 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2023, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning: Multiplication Mine Jr yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 2 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah peserta diminta untuk menjawab soalan matematik operasi darab di dalam halaman sesawang abcya.com. Kelas ini juga adalah bertujuan meningkatkan ilmu ICT mereka serta meningkatkan tahap konsentrasi dan memperkasakan Kemahiran mereka dalam berfikir menyelesaikan soalan matematik. Selain itu, tujuan aktiviti ini adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar sempena cuti sekolah.

Pada akhir kelas tersebut, peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma sebagai ganjaran kepada mereka dan juga sebagai penyuntik semangat kepada mereka untuk menyertai aktiviti yang lain pada masa hadapan.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali