MIVO4: Sembang Santai Sesi 9

21 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2023, Jumaat, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti Sembang Santai Sesi 9 MIVO4 secara atas talian melalui platform Zoom. Bengkel ini telah bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang. Program ini adalah anjuran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sesi kali ini adalah perkongsian daripada TS. Md Tahir Musa iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti.

Antara pengisian semasa sembang santai tersebut adalah berkaitan dengan Klik Dengan Bijak: Terlebih Kongsi. En. Md Tahir berkongsi tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menangani sikap terlebih kongsi semasa melayari internet. Selain daripada itu, beliau mengingatkan kepada semua sukarelawan MIV untuk sentiasa mempunyai kawalan kendiri semasa melayari internet supaya dapat mengelak daripada risiko terlebih kongsi dalam talian.

Di akhir sesi perkongsian daripada En. Tahir, beliau mengajak semua sukarelawan yang hadir untuk menyertai kuiz MyCyberGenius (MyCG) bagi mengetahui sejauh mana pemahaman semua sukarelawan tentang topik Klik Dengan Bijak: Terlebih Kongsi.

Diharapkan dengan adanya token daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini dapat menyuntik semangat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti kesukarelawan yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali