Taklimat Keusahawanan Bersama BSN

21 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2023, Jumaat, satu Taklimat Keusahawanan bersama BSN anjuran Rakan Digital PEDi Rantau Panjang telah dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang yang bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 9:30 pagi. Seramai 8 orang komuniti setempat telah menghadiri taklimat tersebut. Taklimat Keusahawanan tersebut telah dikendalikan oleh Cik Sucy Anak Nyala iaitu Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN.

Antara pengisian taklimat tersebut adalah Cik Sucy berkongsi tentang Skim Pembiayaan BSN Mikro ataupun i Semarak Niaga bersama para usahawan yang hadir. Tujuan Skim Pembiayaan BSN Mikro ini adalah untuk memberi peruntukan kepada usahawan memulakan perniagaan mereka. Pada akhir sesi taklimat tersebut sesi soal dan jawab bersama usahawan telah diadakan.

Tujuh skim meliputi golongan dan industry bersasar dan terbuka iaitu i Semarak Mula (Start-up), i Semarak PEDi (Pusat Ekonomi Digital), i Semarak (Umum), i Semarak Nita (Wanita), i Semarak Belia, i Semarak Sukan (Sukan & Rekreasi) dan i Semarak Tani (Pasar Tani/Tradisional).

Diharapkan dengan taklimat yang dianjurkan ini dapat membantu usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali