Kelas ICT – Christmas Card

24 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas ICT – Christmas Card yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh seorang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diajar membuat kad krismas dengan menggunakan perisian Canva. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran ICT para pelajar dengan mereka kad krismas dan meningkatkan tahap konsentrasi mereka.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali