MIVO4: Sembang Santai Sesi 11
23 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2023, Khamis, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti Sembang Santai Sesi 11 MIVO4 secara atas talian melalui platform Zoom. Bengkel ini telah bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang. Program ini adalah anjuran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Antara pengisian semasa sembang santai kali ini adalah berkaitan dengan topik cara-cara untuk mengisi borang maklumbalas sukarelawan. Puan Nina telah bertanggungjawab untuk mengendalikan sesi sembang santai pada kali ini. Beliau telah menerangkan cara untuk mengisi borang maklumbalas sukarelawan dengan terperinci kepada semua sukarelawan yang hadir.
Diharapkan dengan adanya sembang santai seperti ini bersama sukarelawan dapat membantu dan memberi manfaat kepada orang ramai supaya negara kita dapat menuju ke arah dunia siber yang positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: