Aktiviti Kembali Ke Sekolah : Bengkel Matematik Mudah dan Advokasi

26 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Bengkel Matematik sempena pelajar Kembali ke sekolah dan Advokasi yang bermula dari pukul 02:00 petang sehingga 4:30 petang. Kelas tersebut dijalankan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah mendedahkan kepada para peserta berkaitan advokasi “Oversharing” di dalam pengunaan internet. Peserta diberi kesedaran tentang bahaya nya maklumat peribadi didedahkan ke dalam internet. Selain itu, kelas diteruskan dengan aktiviti utama iaitu pembelajaran matematik oleh Pengurus PEDi dengan menerangkan cara -cara mudah menyelesaikan Matematik. Peserta juga telah diberikan beberapa Latihan Matematik untuk diselesaikan sebelum kelas berakhir. Sebagai memberi semangat kepada pelajar, peserta yang mendapat markah tertinggi Latihan mendapat hadiah dari PEDi.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali