Hari Bersama Usahawan dan Komuniti Rantau Panjang Kolaborasi Sibu Digital Innovation Hub

27 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2023, Ahad, Program Bersama Usahawan dan Komuniti Rantau Panjang kolaborasi bersama Sibu Digital Innovation Hub telah dianjurkan di Rumah Suria, Ranatu Panjang yang bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 12:30 tengahari.

Program ini telah dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Ts. Mohammad Fairul Syamil bin Abang Mohd, Pengarah Sibu Digital Innovation Hub, Encik Sarani Kanaidi, Ketua Cawangan MCMC Sibu dan Puan Noorly Iza, Pegawai Kanan Maxis bagi menyempurnakan program tersebut.

Antara pengisian program tersebut adalah taklimat perkongsian daripada agensi agensi yang terlibat iaitu Sibu Digital Innovation Hub, Pejabat Daerah Sibu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan advokasi program KITAR ataupun e-Waste dari Maxis. Tujuan program ini adalah untuk membantu usahawan dalam untuk meluaskan lagi perniagaan atau produk mereka.

Sebanyak 9 orang usahawan PEDi yang terlibat telah menyertai pameran di program ini. Selain itu, kaunter KWSP dan BSN juga telah dibuka bagi memberi ruang kepada komuniti untuk membuat permohonan serta pertanyaan yang lebih lanjut lagi tentang perkhidmatan mereka.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu komuniti dan usahawan dalam memperluaskan lagi perniagaan dan dapat merujuk agensi-agensi lain yang berkaitan dalam urusan yang sepatutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali