Kelas Pengenalan Keusahawanan PEDi secara atas talian (WhatsApp)

30 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Disember 2023, Isnin, PEDi Rantau Panjang telah mengadakan kelas Pengenalan Keusahawan PEDi secara atas talian (WhatsApp) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang melalui aplikasi WhatsApp. Sesi tersebut telah dihadiri oleh Usahawan Baru iaitu usahawan jualan burger disekitar Kawasan Rantau Panjang.

Kelas tersebut di kendalikan oleh Pengurus PEDi Rantau Panjang iaitu Puan Liliana Jessy. Kelas ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada usahawan baru PEDi tentang program dan aktiviti keusahawan yang dianjurkan oleh pihak PEDi kepada komuniti. Usahawan juga turut diterangkan bagaimana PEDi membantu atau membimbing usahawan dalam perkembangan perniagaan secara digital. Puan Liliana juga turut mendedahkan aktiviti – aktiviti yang telah PEDi anjurkan dan hasil daripada kelas tersebut Puan Aida iaitu peserta usahawan dapat melihat melalui perkongsian melalui ‘Screen Sharing’ oleh Pengurus PEDi. Dengan ini, kelas ini diakhiri dengan pendaftaran Puan Aida menjadi Ahli PEDi dan turut menjadi Usahawan PEDi Rantau Pajang.

Pihak PEDi berharap dapat membantu lebih ramai lagi komuniti yang memerlukan bantuan dari segi berniaga membuat produk dan baru berniaga. Semoga program ini dapat mendapat sambutan kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali