Kelas Softskills – Christmas Colouring

3 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Disember 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Softskills – Christmas Colouring yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 8 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar adalah mewarna poster Christmas menggunakan perisian Paint 3D. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran motor halus para pelajar dengan mewarna dan meningkatkan ilmu ICT mereka serta meningkatkan tahap konsentrasi mereka.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali