Majlis Penutupan MIVO4

2 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2023, Rabu, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti Majlis Penutupan MIVO4 secara atas talian melalui platform Zoom. Majlis penutupan ini telah bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang. Program ini adalah anjuran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Antara pengisian semasa majlis penutupan MIVO4 adalah ucapan daripada Puan Hashimah selaku Ketua Jabatan Program Komuniti kepada semua sukarelawan MIVO4 yang hadir. Selain itu, Puan Nina telah memberi ruang kepada sukarelawan untuk memberi perkongsian tentang pengalaman mereka sepanjang menyertai program MIVO4 ini. Di akhir sesi majlis penutupan MIVO4 ini, satu tayangan video pendek telah disediakan oleh Puan Nina buat tontonan para sukarelawan.

Diharapkan program MIVO4 seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan dating supaya sentiasa boleh membantu dan memberi manfaat kepada orang ramai demi menuju ke arah dunia siber yang positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali