Kelas STEM – Lava Lamp

4 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas STEM – Lava Lamp yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 1:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang ahli PEDi.

Antara pengisian kelas tersebut adalah aktiviti STEM membuat lava lamp. Bahan-bahan yang diperlukan adalah minyak masak, air, pewarna makanan, cawan dan ‘panadol soluble’. Masukkan kesemua bahan dalam cawan dan apabila panadol soluble dimasukkan ke dalam cawan, gelembung terhasil seolah-olah lava gunung berapi.

Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk minat anak muda dalam bidang teknologi dan sains. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali