Kelas STEM – Magic Candle

4 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas STEM – Magic Candle yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 6 orang ahli PEDi.

Antara pengisian kelas tersebut adalah aktiviti STEM membuat magic candle. Bahan-bahan yang diperlukan adalah air, pewarna makanan, cawan, lilin, bekas dan minyak wangi. Mula-mula bekas diisi dengan air yang telah diletakkan pewarna makanan. Lilin diletakkan ditengah-tengah bekas tersebut dan apabila cawan yang telah disembur minyak wangi menutupi lilin tersebut, air dihisap dengan cepat.

Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk minat anak muda dalam bidang teknologi dan sains. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali