Kelas STEM – Snake Bubble

4 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas STEM – Snake Bubble yang bermula dari pukul 3:45 petang sehingga 4:45 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 6 orang ahli PEDi.

Antara pengisian kelas tersebut adalah aktiviti STEM membuat snake bubble. Bahan-bahan yang diperlukan adalah botol mineral, tisu basah, pewarna makanan, pencuci pinggan dan getah. Botol mineral dibalut dengan tisu basah yang telah diletakkan pewarna makanan. Kemudian, peserta telah meniup botol tersebut bagi menghasilkan buih yang berwarna.

Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk minat anak muda dalam bidang teknologi dan sains. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali