Aktiviti Cuti Sekolah: Tayangan Filem Scenario & Advokasi

5 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2023, Jumaat, pihak PEDi Rantau Panjang telah mengadakan program tayangan filem Scenario dan advokasi sempena aktiviti cuti sekolah yang bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang.

Seramai 3 orang komuniti setempat yang telah hadir untuk menyertai aktiviti tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang para pelajar dengan aktiviti yang berfaedah semasa cuti sekolah ini. Selain daripada itu, para staf PEDi Rantau Panjang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan komuniti Rantau Panjang. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada warga komuniti dan memberi manfaat kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali