Sesi Penyerahan 20 PC Lama kepada SMK Song No. 2

5 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Syukur, selesai sudah sesi penyerahan PC lama PEDi Rantau Panjang kepada SMK Song No. 2 pada 4 Januari 2023, Rabu. Pengetua SMK Song No. 2 iaitu Encik Abang Ahmad bin Abang Abdul Wahab telah hadir semasa sesi penyerahan PC. Sebanyak 20 buah PC telah disumbangkan kepada SMK Song No. 2. Program penyerahan PC ini merupakan salah satu usaha untuk pemerkasaan digital dan merapatkan jurang digital dalam golongan komuniti supaya seiring dengan arus pembangunan teknologi terkini.

Diharapkan dengan sumbangan PC daripada pihak PEDi ini dapat membantu para pelajar dalam urusan pembelajaran dan untuk memperkasakan digital dalam kalangan murid sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali