Online Sharing: Aplikasi AR, VR & 3D Model

19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2023, Jumaat, staff Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti Online Sharing: Aplikasi AR, VR dan 3D Model yang telah dianjurkan oleh Pengurus PEDi Tanjung Bowang iaitu Jessica Shirley. Perkongsian tersebut telah bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi dan telah dijalankan menggunakaan platform Google Meet. Seramai 100 orang staff PEDi dari seluruh PEDi di Malaysia telah menyertai perkongsian tersebut.

Tujuan perkongsian tersebut adalah memberi idea kepada staff PEDi yang lain mengenai contoh-contoh aktiviti STEM yang boleh dilakukan bersama komuniti. Aplikasi AR, VR dan 3D Model boleh digunakan oleh staff PEDi untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan secara visual. Di samping itu, melalui aplikasi ini membolehkan para pelajar berinteraksi dan membayangkan konsep-konsep kompleks dengan cara yang lebih mendalam. Diharapkan dengan perkongsian seperti ini dapat membantu para staff PEDi untuk menyediakan pelbagai aktiviti STEM yang menarik untuk komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali