Affiliate TikTok Shop Training oleh Staf PEDi Rantau Panjang bersama Rakan Digital PEDi Sekuau

11 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menyertai program Rakan Digital PEDi Sekuau untuk perkongsian tentang “Affiliate Busines” menggunakan aplikasi TikTok. Rakan PEDi Sekuau iaitu En. Claire telah hadir ke PEDI Rantau Panjang untuk perkongsian beliau tentang Affiliate Busines ini. Pengurus PEDi Rantau Panjang telah diberi penjelasan tentang program ini bagi menjana pendapatan di aplikasi TikTok tanpa mengeluarkan modal dan cara untuk promosikan barang jualan di aplikasi tersebut. Dalam masa yang sama, Pengurus PEDi Rantau Panjang juga telah dibimbing untuk mendaftar akaun TikTok Seller Center bagi memulakan “Affiliate Business” di akaun TikTok.

Daripada perkongsian ini, sedikit sebanyak PEDi Rantau Panjang manfaatkan program ini bagi membantu komuniti untuk menjana pendapatan cara mudah. Nantikan program E-Dagang yang akan diadakan Pusat Ekonomi Digital Rantau Panjang dalam masa yang terdekat ini. Jangan lupa mengikuti perkembangan aktiviti PEDi di page kami ini. Kami berharap dengan program ini, kami dapat membantu komuniti meningkatkan sosio ekonomi penduduk tempatan dalam mengembangkan perniagaan yang sedia ada atau yang baru melibatkan diri dalam perniagaan dalam menjana pendapatan lebih demi kelansungan hidup pada zaman IT ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali