Aktiviti STEM – Ballon Car

7 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 06 November 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Aktiviti STEM – Ballon Car yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang ahli PEDi. Antara pengisian kelas tersebut adalah aktiviti STEM membuat Kereta Belon dengan menggunakan botol, penyedut minuman dan belon.

Semua peserta diberi arahan dan bimbingan dari staf PEDi yang memberi latihan. Setelah siap mereka diminta untuk mencuba hasil buatan mereka supaya dapat melihat fungsi hasil buatan masing masing. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk minat anak muda dalam bidang teknologi dan sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali