Aktiviti STEM – Magic Blooming Flowers & Advokasi Siber Buli

8 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Oktober 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Aktiviti STEM – Magic Blooming Flowers & Advokasi Siber Buli yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang ahli PEDi. Antara pengisian kelas tersebut adalah para pelajar diterangkan tentang advokasi berkaitan siber buli. Peserta juga di minta untuk menjawab kuiz advoaksi di website Kahoot! bagi menilai pemahaman pesrta.

Peserta yang mendapat markah tertinggi telah diberi hadiah bagi meningkatkan semangat mereka untuk belajar. Sejurus itu, aktiviti STEM juga terus dijalankan selesai Sahaja slot advokasi. Peserta kali ini akan melakukan experiment membuat Magic Blooming Flower menggunakan kertas warna, dilipat selepas diguntin dan letakkan di atas permukaan air. Bunga kertas tersebut akan terbuka atau mekar selepas diletakkan di atas permukaan air. Semua pelajar sangat teruja. Diharap aktiviti dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali