Aktiviti STEM – Projek Catapult

4 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 03 September 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Aktiviti STEM – Projek Catapult yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Aktiviti tersebut, peserta diminta menghasilkan mekanisme lontaran iaitu “Catapult” menggunakan batang lidi, getah dan sudu plastik.

“Catapult” ialah sebuah alat perang yang dahulu sering kali digunakan dalam pelbagai macam perang sebelum Meriam. Di dalam aktiviti ini, peserta dapat mempelajari Sejarah pembinaan Catapult dan bagaimana ia dibina. Diharap dengan program seperti boleh memberi manfaat kepada komuniti setempat dan generasi muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali