Kelas E-Learning: Connect The Dot A-Z

22 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning: Connect The Dot A-Z yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 2 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar pra sekolah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mengenali huruf dan belajar menggunakan tetikus melalui aktiviti Connect The Dot A-Z di laman sesawang abcya.com.

Selain itu, melalui aktiviti ini dapat membantu para pelajar meningkatkan ilmu ICT dalam menggunakan tetikus. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali