Craft Sand Painting

13 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Oktober 2023, Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Craft Sand Painting yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 6 orang ahli PEDi Rantau Panjang. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar mewarna lukisan menggunakan pasir berwarna yang telah disediakan.

Para peserta dapat menguasai kemahiran insaniah dalam mewarna kemas dan cantik. Semua peserta telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang pada masa yang akan datang. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali