Kelas E-Learning: Cup Stacking Typing

5 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 November 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning: Cup Stacking Typing yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mengenali huruf dan belajar menaip melalui aktiviti Cup Stacking Typing di laman sesawang abcya.com. Selain itu, melalui aktiviti ini dapat membantu para pelajar meningkatkan ilmu ICT dalam menggunakan papan kekunci. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali