Aktiviti DIY Bunga Sempena Hari Ibu dan Advokasi

14 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mei 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan aktiviti membuat DIY Bunga bersama ahli PEDi yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh 6 orang ahli PEDi.Sebelum aktiviti dimulakan, staf PEDi telah memberi taklimat advokasi keselamatan siber.

Peserta didedahkan kesedaran tentang penggunaan internet secara positif. Peserta diteruskan dengan membuat aktiviti membuat bunga DIY sempena Hari Ibu akan datang. Ini adalah untuk mempupuk nilai kasih sayang dan menghargai insan begelar ibu. Diharap aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya dapat memberi mereka keselesaan ketika menggunakan perkhidmatan di dalam PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali