Kelas Multimedia (Mewarna Digital)

12 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan kelas multimedia iaitu mewarna digital yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang ahli PEDi. Antara pengisian kelas tersebut adalah mempelajari teknik yang betul untuk mewarna menggunakan perisian Microsoft Paint.

Tujuan kelas ini adalah untuk menarik minat para pelajar untuk belajar sambil bermain. Di samping itu, para peserta dapat mempelajari asas ICT dalam menguasai kemahiran menggunakan komputer.Diharap aktiviti dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali