E-Learning: Bahasa Melayu Tahap 2
7 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 6 Ogos 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan kelas E-Learning: Bahasa Melayu Tahap 2 yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Antara pengisian kelas tersebut adalah para pelajar membuat kuiz Bahasa Melayu dengan memilih jawapan berpandukan gambar yang telah diberikan.
Tujuan kelas ini adalah untuk menarik minat para pelajar untuk belajar Bahasa Melayu sambil bermain. Kaedah pembelajaran yang telah digunakan ini adalah untuk membantu memperkasakan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu para pelajar. Di samping itu, para peserta dapat menguasai kemahiran asas ICT dalam menggunakan komputer. Peserta yang mendapat markah tertinggi telah diberikan hadiah dengan tujuan menyuntik semangat mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang pada masa yang akan datang. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: