Kelas Bahasa Inggeris Tahap 2 (E-Learning)
13 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Bahasa Inggeris Tahap 2 (E-Learning) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) para peserta.
Para peserta telah diberi satu halaman kuiz Bahasa Inggeris di dalam Internet iaitu Wordwall. Disini, peserta telah menjalani kuiz cari kata dalam Bahasa Inggeris berlandaskan gambar yang tertera. Pada akhir kelas ini, peserta telah belajar perkataan yang baru bagi mereka dalam Bahasa Inggeris. Diharap dengan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada anak - anak komuniti dalam menguasai Bahasa Inggeris mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: