Taklimat Enumerator UPM: Kaji Selidik Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malasysia 2022
9 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 8 Februari 2023, Rabu, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti Taklimat Kerjasama Enumerator UPM berkaitan Kaji Selidik Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malasysia 2022. Taklimat ini dijalankan secara atas talian melalui platform Zoom. Taklimat ini telah bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 12:00 tengahari.
Program ini adalah anjuran daripada Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), bahagian di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sedang menjalankan satu kaji selidik peringkat kebangsaan tentang Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Antara pengisian semasa sembang santai tersebut adalah berkaitan dengan cara kutipan data dibuat diperingkat zon Bersama PEDi yang terlibat. Selain daripada itu, beliau menerangkan cara untuk mengisi maklumat menggunakan boring kaji selidik yang akan diberi kepada Pihak PEDi. Diharapkan banyak lagi agensi luar menggunakan PEDi dan manfaatkan PEDi untuk menjayakan program atau kajian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: