Kelas Asas ICT (Microsoft Excel)

27 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT Microsoft Excel yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 7 orang komuniti setempat.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Microsoft Peserta juga telah diberikan latihan membuat jadual di dalam Microsoft Excel bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selepas itu, peserta terus membuat Latihan sambil dibimbing oleh pengajar dalam asas formula matematik menggunakan Microsoft Excel. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali