Kursus Latihan Pengendali Makanan Secara Atas Talian- Program kolaborasi bersama NZ Bunga Venture
28 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang dengan kerjasama NZ Bunga Consultant telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara Atas Talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari bertempat secara atas talian menggunakan platform aplikasi ZOOM. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Kursus ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom.
Kursus terbahagi kepada empat seksyen iaitu pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Disediakan juga selingan kuiz sebaik sahaja selesai setiap seksyen bagi menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan baik pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: