Aktiviti Gotong-Royong Bersama Ahli PEDi

6 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 April 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan aktiviti gotong-royong bersama ahli PEDi yang bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 9:30 pagi di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh 3 orang ahli PEDi. Sebelum aktiviti dimulakan, staf PEDi telah memberi taklimat dan pembahagian tugasan kepada setiap seorang ahlli PEDi.

Ahli PEDi juga diberikan alat-alat untuk melakukan tugas pembersihan mereka sama ada di dalam atau diluar PEDi. Antara tugasan pembersihan yang telah dilakukan ialah mengelap cermin, menyapu, mengutip sampah luar kawasan PEDi, mengelap meja computer dan mengelap pintu masuk utama. Diharap aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya dapat memberi mereka keselesaan ketika menggunakan perkhidmatan di dalam PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali