Kelas Asas ICT (Pengenalan Komputer dan Menaip)

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT (Pengenalan Komputer dan Menaip) yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 8 orang komuniti setempat. Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan PEDi, asas komputer seperti komponen-komponen yang terdapat di komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word.

Peserta juga telah diberikan latihan menaip menggunakan Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Pada akhir sesi kelas tersebut, satu sesi advokasi telah dibuat bagi memberi kesedaran kepada komuniti mengenai contoh-contoh bahaya ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali