Aktiviti Bulan Kemerdekaan – Merdeka Jigsaw Puzzle dan Kibar Jalur Gemilang

17 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2023, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan kelas Aktiviti Bulan Kemerdekaan – Merdeka Jigsaw Puzzle dan kibar Jalur Gemilang yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar menyelesaikan jigsaw puzzle yang bertemakan gambar kemerdekaan.

Tujuan kelas ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni iaitu semangat patriotik dan cinta akan negara sempena bulan kemerdekaan ini. Di samping itu, para peserta dapat menguasai kemahiran insaniah dalam menyelesaikan masalah supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Pada akhir sesi aktiviti tersebut, para peserta diminta untuk mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan peserta. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali