Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 05/2023

22 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2023, Isnin, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menghadiri Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 05/2023. Program tersebut telah diadakan secara langsung di Facebook Klik Dengan Bijak yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Tajuk Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 05/2023 adalah Membina Reputasi Digital. Penceramah jemputan untuk bicara Klik Dengan Bijak pada kali ini merupakan Timbalan Pengarah daripada Pejabat MCMC Negeri Kelantan iaitu Puan Nordziana Mohd Aripin @ Ab Rahim.

Beliau telah dijemput untuk berkongsi dengan sukarelawan tentang cara-cara yang betul untuk menghasilkan jejak digital yang positif atas talian bagi menjaga maruah diri kita. Pada akhir program bicara tersebut, kuiz Klik Dengan Bijak telah dilakukan menggunakan MyCyberGenius bagi menguji pemahaman para sukarelawan mengenai topik yang telah diterangkan. Diharapkan dengan program Bicara Klik Dengan Bijak yang bertajuk Membina Reputasi Digital ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat supaya mereka boleh menjadi pengguna internet yang lebih bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali