Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 06/2023

30 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2023, Selasa, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menghadiri Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 06/2023. Program tersebut telah diadakan secara langsung di Facebook Klik Dengan Bijak yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Tajuk Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 06/2023 adalah Buli Siber – Adab Di Media Sosial. Penceramah jemputan untuk bicara Klik Dengan Bijak pada kali ini merupakan Timbalan Pengarah daripada Pejabat MCMC Negeri Sarawak iaitu Puan Audry Gerry.

Beliau telah dijemput untuk berkongsi dengan sukarelawan tentang adab ketika menggunakan media sosial bagi mengelakkan berlakunya buli siber. Pada akhir program bicara tersebut, kuiz Klik Dengan Bijak telah dilakukan menggunakan MyCyberGenius bagi menguji pemahaman para sukarelawan mengenai topik yang telah diterangkan. Diharapkan dengan program Bicara Klik Dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber – Adab Di Media Sosial ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat supaya mereka boleh menjadi pengguna internet yang lebih bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali