Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 03/2023

27 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2023, Rabu, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menghadiri Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 03/2023. Program tersebut telah diadakan secara langsung di Facebook Klik Dengan Bijak yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Tajuk Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 03/2023 adalah Maklumat Palsu – Sebarkan Yang Benar. Penceramah jemputan merupakan Timbalan Pengarah daripada Pejabat MCMC Negeri Pahang iaitu Puan Haznita Mohamad Lazim.

Beliau telah dijemput untuk menerangkan tentang cara-cara menyemak sesuatu maklumat yang diterima sebelum dikongsi kepada orang lain. Tujuannya adalah untuk mengelakkan menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan palsu. Pada akhir program bicara tersebut, kuiz Klik Dengan Bijak telah dilakukan menggunakan MyCyberGenius bagi menguji pemahaman tentang topik yang telah diterangkan. Diharapkan dengan program Bicara Klik Dengan Bijak ini dapat memberi lebih manfaat lagi kepada penduduk setempat supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang diterima.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali