Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 04/2023

29 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2023, Jumaat, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menghadiri Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 04/2023. Program tersebut telah diadakan secara langsung di Facebook Klik Dengan Bijak yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Tajuk Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 04/2023 adalah Kawalan Kendiri Dalam Talian. Penceramah jemputan untuk bicara Klik Dengan Bijak pada kali ini merupakan Timbalan Pengarah daripada Pejabat MCMC Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Hanisah Hashim.

Beliau telah dijemput untuk berkongsi dengan sukarelawan tentang kawalan kendiri dari segi mengawal emosi dan keinginan di ruangan siber. Kawal selia kendiri ini perlu ada dalam diri seseorang supaya tidak berlakunya isu terlebih kongsi di media sosial. Pada akhir program bicara tersebut, kuiz Klik Dengan Bijak telah dilakukan menggunakan MyCyberGenius bagi menguji pemahaman para sukarelawan mengenai topik yang telah diterangkan. Diharapkan dengan program Bicara Klik Dengan Bijak yang bertajuk Kawalan Kendiri Dalam Talian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat supaya mereka boleh menjadi pengguna internet yang lebih bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali