Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 2/2023

16 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2023, Khamis, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah menghadiri Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 2/2023. Program tersebut telah diadakan secara langsung di Facebook Klik Dengan Bijak yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang. Tajuk Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 2/2023 adalah Lindungi Kanak-Kanak Dalam Pengantunan Dalam Talian.

Penceramah daripada Pejabat MCMC Negeri Johor iaitu Cik Nur Adilah Samsudin telah dijemput untuk menerangkan tentang cara-cara untuk melindungi kanak-kanak dalam pengantunan dalam talian dan juga peranan ibu bapa ataupun penjaga kanak-kanak dalam melindungi mereka. Pada akhir program bicara tersebut, kuiz Klik Dengan Bijak menggunakan MyCyber Genius telah dianjurkan bagi menguji pemahaman tentang topik yang telah diterangkan. Diharapkan dengan program Bicara Klik Dengan Bijak ini dapat memberi lebih manfaat lagi kepada penduduk setempat dan semoga dapat membimbing kanak-kanak Ketika mereka melayari dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali