Taklimat Klik Dengan Bijak & E-Learning Kahoot

28 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan satu taklimat Klik Dengan Bijak dan E-Learning Kahoot yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Taklimat tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Taklimat tersebut telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman anak-anak untuk berfikir secara positif dalam menggunakan internet seharian. Pada akhir sesi taklimat tersebut, satu kuiz Kahoot telah dilakukan bagi menguji sejauh mana kefahaman para peserta dengan taklimat Klik Dengan Bijak. 3 orang peserta yang mendapat markah tertinggi dalam kuiz telah mendapat hadiah daripada pihak PEDi. Diharapkan dengan program seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali