Kelas Ngajat

3 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Oktober 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Ngajat yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Watson Mambu merupakan tenaga pengajar bagi kelas tersebut.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar telah diajar langkah-langkah yang betul untuk tarian Ngajat. Tarian Ngajat merupakan tarian tradisional kaum Iban. Para pelajar dapat memupuk minat mereka terhadap seni tari kaum Iban dan dapat mendidik mereka untuk jadi lebih disiplin melalui aktiviti kelas Ngajat ini. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali