Kelas ICT – Mewarna Digital Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia

21 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT Junior – Peta Minda yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Software Paints.

Peserta telah diberikan satu poster Hari Kanak – Kanka Sedunia bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selesai latihan tersebut, poster peserta dinilai oleh Staf PEDI dan 3 poster terbaik telah diberi hadiah bagi memupuk semangat peserta dalam Pelajaran Digital. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali