Aktiviti Bulan Kemerdekaan – Kipas Tangan Tema Kemerdekaan

8 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan kelas Aktiviti Bulan Kemerdekaan – Kipas Tangan Tema Kemerdekaan yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 8 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar mewarna lukisan bertemakan kemerdekaan dan gunting lekat bagi membuat kipas tangan. Tujuan kelas ini adalah untuk memupuk nilai nilai murni iaitu semangat patriotik dan cinta akan negara pada bulan kemerdekaan ini.

Di samping itu, para peserta dapat menguasai kemahiran insaniah dalam membuat kraf kipas tangan kemas dan cantik. Peserta yang mendapat hasil kerja paling cantik dan kemas telah diberikan hadiah dengan tujuan memberi semangat mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang pada masa yang akan datang. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali