TeaTalk@MCMC (Love Scam – Bukan Cinta Biasa)

24 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2023, Rabu, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menghadiri TealTalk@MCMC. Program tersebut telah diadakan secara atas talian menggunakan platform ZOOM MEET yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 pagi. Tajuk TeaTalk@ MCMC adalah Love Scam – Bukan Cinta Biasa. Penceramah jemputan untuk program pada kali ini merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu TS. Md. Tahir Musa.

Beliau telah dijemput untuk berkongsi dengan peserta tentang bagaimana pertemuan kenalan yang tidak dikenali di atas talian boleh menyumbang kepada penipuan atau Love Scam. Beliau juga telah berkongsikan tentang cara – cara untuk mengelakkan daripada ditipu di atas talian. Diharapkan dengan program TeaTalk@MCMC yang bertajuk Love Scam ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat supaya mereka boleh menjadi pengguna internet yang lebih bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali