Majlis Penutupan MIVO5

31 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2023, Rabu, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti Majlis Penutupan MIVO5 secara atas talian melalui platform Zoom. Majlis penutupan ini telah bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 3:40 petang. Program ini adalah anjuran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Antara pengisian semasa majlis penutupan MIVO5 adalah Puan Nina telah diwakilkan untuk membaca ucapan daripada Puan Hashimah selaku Ketua Jabatan Program Komuniti kepada semua sukarelawan MIVO5 yang hadir. Selain itu, Puan Nina telah memberi ruang kepada sukarelawan untuk memberi perkongsian tentang pengalaman mereka sepanjang menyertai program MIVO5 ini. Di akhir sesi majlis penutupan MIVO5 ini, sesi bergambar bersama semua sukarelawan MIVO5 telah dilakukan. Diharapkan program MIVO5 seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang supaya sentiasa boleh membantu dan memberi manfaat kepada orang ramai demi menuju ke arah dunia siber yang positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali