Sembang Santai 02 MIVO5

24 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2023, Jumaat, Pengurus, Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang dan sukarelawan, Jumily Serian telah mengikuti Sembang Santai Sesi 2 MIVO5 secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Bengkel ini bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Antara pengisian semasa sembang santai tersebut adalah Puan Nina berkongsi cara untuk mengisi borang maklumbalas. Selain daripada itu, Puan Nina meminta para peserta untuk mengesahkan alamat mereka masing-masing bagi tujuan penghantaran token kepada semua sukarelawan MIVO5 di seluruh Malaysia. Diharapkan dengan adanya token daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini dapat menyuntik semangat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti kesukarelawan yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali