Kuiz Matematik Tahap 1 dan Tahap 2 (E-Learning)

16 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kuiz Matematik Tahap 1 dan 2 (E-Learning) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) para peserta.

Para peserta telah diberi satu halaman kuiz Matematik di dalam Internet iaitu abcya.com. Disini, peserta telah menjalani kuiz penyelesaian Matematik berlandaskan arahan yang tertera. Kuiz ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Pada akhir kelas ini, peserta telah belajar cara penyelesaian Matematik dengan mudah. Diharap dengan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada anak - anak komuniti dalam menguasai penyelesaian Matematik mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali