E-Tuisyen Matematik Tahun 5

17 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan E-Tuisyen Matematik Tahun 5 yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah Tahun 5. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) para peserta.

Para peserta telah diberi satu lembaran kerja Matematik dan perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Pada akhir kelas ini, para peserta telah diberikan kupon bermain PC selama 30 minit secara percuma bagi menyuntik semangat mereka untuk menyertai aktiviti lain pada masa yang akan datang. Diharapkan dengan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada anak - anak komuniti dalam menguasai kemahiran Matematik mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali