Aktiviti Bulan Kemerdekaan – Merdeka Jigsaw Puzzle

11 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2023, Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan kelas Aktiviti Bulan Kemerdekaan – Merdeka Jigsaw Puzzle yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 14 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar menyelesaikan jigsaw puzzle yang bertemakan gambar kemerdekaan.

Tujuan kelas ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni iaitu semangat patriotik dan cinta akan negara sempena bulan kemerdekaan ini. Di samping itu, para peserta dapat menguasai kemahiran insaniah dalam menyelesaikan masalah supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Setiap pelajar yang menyertai aktiviti tersebut telah mendapat kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi tujuan menyuntik semangat mereka untuk menyertai lebih banyak aktiviti pada masa yang akan datang. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali